3 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BERTAKAFUL SEKARANG
Ada golongan yang bagus, bila saya cerita tentang takaful, mereka berminat. Kemudian bila dengar jumlah amaun bulanan yang perlu dikeluarkan (biasanya plan yang dicadangkan kurang daripada RM200), mereka mula hilang minat.
Itu pilihan mereka untuk menangguhkan penyertaan. Tidak ada paksaan untuk menyertai peserta takaful lain. Oleh itu, saya dedikasikan artikel ini untuk golongan yang bertangguh ini:
1. Kesihatan
Satu insiden je boleh menukarkan keputusan mereka daripada bertangguh tadi kepada nak ambil sertai terus takaful. Masa tu mereka tak kisah dah kalau premium bulanan hatta RM300 sekalipun.
Yang dimaksudkan ialah apabila kita tiba-tiba terlibat dalam kemalangan jalanraya, ataupun disahkan mengidap penyakit kronik. Pada masa ni, kelayakan anda untuk menyertai takaful hilang serta-merta.
You can’t predict the future. Lindungi diri anda dengan plan bermula daripada RM150 sebulan.
2. Umur
Plan RM300 yang saya ambil untuk emak saya tak sama coveragenya dengan coverage kalau amaun yang sama digunakan untuk diri sendiri. In fact, pelan saya dengan coverage yang lebih power tak sampai pun RM300.
Bila join lambat, bayaran sumbangan naik. Premium tahun ni mungkin tak sama dengan premium tahun depan untuk kes baru sebab kos perubatan (dan segala jenis kos kat Malaysia ni secara amnya) sentiasa meningkat.
Sertai sekarang dan kadar amaun sumbangan akan akan kekal sehingga mencapai umur matang plan anda.
3. Komitmen Rendah
Yang ni saya nak sentuh sikit bab financial planning. Bagaimana kita nak rancang kewangan kita?
Dahulukan komitmen. Komitmen ni seperti kenderaan ke tempat kerja, rumah, food and family. Yang ni tak boleh elak.
Untuk kurangkan komitmen, kita pilih yang basic. Contoh, kalau guna kereta, pilihlah yang selesa dengan bajet, asalkan boleh jalan dan dapat melindungi diri daripada hujan. Makan pula, janganlah selalu keluar makan.
Untuk orang bujang yang hidup basic macam ni, saya yakin setiap bulan boleh simpan sampai RM500, bergantung kepada pendapatan. Masa bujang inilah paling sesuai bertakaful sebab bayaran sumbangan rendah (faktor umur) dan komitmen kurang (tiada isteri & anak).
Bila dah join takaful, secara semulajadi poket kita akan adjust kepada komitmen baru ni tadi. Kenaikan gaji tahun hadapan dah boleh cover balik kos perlindungan ini dan semakin masa berlalu, kita takkan sedar kos kecil yang dikeluarkan setiap bulan.
No comments: