Header Ads

Breaking News
recent

APAKAH ITU "TAKAFUL" & BAGAIMANA IA BERFUNGSI ?



Pasti ramai yang selalu dengar perkataan takaful kan? Ada yang tahu & ada yang kurang jelas maksud & peranannya. Tak kurang juga ada yang andaikan mencarum di takaful sama sahaja jika kita simpan di bank. Secara ringkasnya takaful merupakan PERKONGSIAN RISIKO. Berbeza dengan insurans, risiko dipindahkan kepada syarikat operator pengendali.

Okay, sebelum itu izinkan saya buat perumpamaan takaful yang biasa dan dekat dengan masyarakat kita terutama masih dijalankan di kawasan perumahan atau di kampung-kampung. Pernah dengar KHAIRAT KEMATIAN ?

Katakan kos pengurusan seorang jenazah ialah RM2000. Ada di kalangan keluarga tidak bersedia atau tidak mampu mempunyai sejumlah wang kecemasan RM2000 untuk menguruskan jenazah. Kadar kematian di kawasan tersebut pula secara puratanya 2 orang setiap tahun. Jadi sebelum itu, katakan dalam satu kawasan komuniti perumahan atau kampung itu, 100 orang penduduk mencarum RM30 sebulan ke satu tabung yang dipanggil TABUNG KHAIRAT KEMATIAN. Kebiasaan tabung ini diuruskan oleh pihak surau/masjid. Apabila berlaku kematian di kalangan mereka yang mencarum itu, maka sebahagian duit yang ditetapkan dari tabung itu diberikan kepada ahli keluarga si mati untuk uruskan kos pengurusan jenazah tersebut.
Inilah yang dipanggil perkongsian risiko. Setiap ahli bersependapat & bersetuju untuk berkongsi risiko & juga manfaat yang diterima.


Sekarang dah fahamkan bagaimana takaful berfungsi?
Konsep tersebut diguna pakai dalam industri takaful. Bezanya caruman di takaful lebih sistematik & caruman setiap orang tidak sama mengikut beberapa faktor seperti umur, risiko aktiviti & pekerjaan, tahap kesihatan & beberapa faktor lain. Yang menarik, takaful tidak terhad kepada kematian sahaja. Ada beberapa manfaat lain dalam takaful yang boleh ditawarkan seperti pampasan sakit kritikal, kemalangan & paling popular ialah manfaat kad perubatan (medical card) .  Perlu tahu juga tak semua risiko kewangan boleh diselesaikan dengan takaful. Contohnya, Mr. A mempunyai masalah ansuran bulanan kereta tertunggak 4 bulan. Walaupun itu pun masalah yang berkaitan dengan kewangan, tapi takkan ianya nak ‘dikongsi’ oleh peserta lain. Betul tak? Hehe…

Faktor yang mempengaruhi caruman
  1. UMUR – Semakin umur kita meningkat, maka semakin kita dekat dengan risiko penyakit atau kematian. Kebiasaannya pun kita biasa dengar orang yang lebih tua mempunyai pelbagai penyakit walaupun penyakit & mati tak kenal usia.
  2. PEKERJAAN – Setiap orang yang bekerja mempunyai risiko yang berbeza. Risiko yang dimaksudkan ialah risiko yang hampir dengan sebarang musibah. Contohnya mereka yang bekerja di sektor oil & gas adalah lebih tinggi risiko bahayanya jika mereka yang bekerja di pejabat.
  3. JANTINA – Perasan tak, secara purata kaum hawa  lebih panjang usianya dari kaum adam. Ini pun salah satu faktor yang beri kesan pada caruman.
  4. MEROKOK – Yang ni tak perlu nak huraikan panjang pun semua orang dah tahu merokok tu lebih berbahaya & berisiko. Dah lebih berisiko maka lebih lah ongkosnya. hehe..
Selain 4 di atas, terdapat juga faktor lain yang boleh mempengaruhi caruman seperti BMI(Body Mass Index) dan REKOD KESIHATAN. Bergantung pada jenis & risiko penyakit, ada permohonan yang dikecualikan perlindungan untuk penyakit sedia ada (biasanya bukan penyakit kritikal). Ada juga perlu penambahan caruman . Selalu dengar tak mereka yang sudah ada masalah kesihatan mempunyai kesulitan untuk lulus? Boleh dikatakan 9/10 mereka yang mempunyai simptom-simptom atau masalah yang berkaitan dengan sakit kritikal DITOLAK permohonannya.

Jadi, terpulang kepada masing-masing untuk menilai kepentingan & keperluan takaful ni. Harapnya anda lebih jelas bagaimana takaful ni berfungsi. Semoga jelas & bermanfaat untuk anda! ðŸ™‚

Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan sila 
Call/SMS/Whatsapp 
013 3919831 - Asyraf
Agensi An Najah
Etiqa Takaful Berhad

No comments:

Powered by Blogger.