5 PERTIMBANGAN UNTUK MEMILIH KAD PERUBATAN
1) HAD BOLEH CLAIM TAHUNAN Yang Cukup
Sila AMBIL PERHATIAN tentang HAD TAHUNAN ini.
Kalau had tahunan bawah RM50,000 je, kalau kita jatuh sakit, bila habis had tahunan tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM150,000! Itu sekarang… Agak-agak kalau coverage RM50,000, cukup tak cover kos perubatan lagi 10 atau 20 tahun akan datang? Jadi jangan ambil cover yang terlalu murah. Mahal sikit tak apa, tapi ia bertahan lama. Mungkin kita rasa bayaran hari ni mahal, tapi nilai yang kita bayar tu kita akan rasa kecil 10 tahun akan datang.
Hari ini sahaja, rata-rata rawatan KANSER di Malaysia boleh menjangkau sehingga RM300,000. Tetapi di ETIQA Takaful, kami menawarkan HAD TAHUNAN sehingga mencecah RM 1.5 juta. WOW!
2) HAD BOLEH CLAIM SEUMUR HIDUP Yang Besar
Jangan keliru, kebanyakan perunding takaful suka sebut angka yang besar-besar. Contohnya medical card ni cover RM500,000. Biasanya, itu had seumur hidup. Had seumur hidup ni pun penting. Kalau ambil had tahunan RM100,000, tapi had seumur hidup cuma RM300,000, seolah-olah kad tu boleh pakai cuma 3 tahun kalau kita kena musibah.
So, agak-agak yang mana lebih penting, had tahunan atau had seumur hidup? Pertama sekali ialah had tahunan. Dan yang keduanya had seumur hidup.
3) HARGA WAD KALIS INFLASI
Pada hari ini, ambil harga wad single SEKARANG ini bukan soal luxury, tapi kita nak medical card kita bertahan lama. Kalau sekarang ni RM250 tu boleh dapat wad bilik single, cuba bayangkan 10 tahun atau 20 tahun akan datang, agak-agak bilik wad macam mana yang kita boleh duduk dengan harga RM250?
Cuba bayangkan siapa ambil medical card yang harga wad cuma RM150. Saya rasa 10 tahun akan datang, kad tu tak cukup untuk cover harga wad hospital-hospital di Lembah Klang. Nanti rugi jer bayar takaful.
4) HARGA WAD YANG BERSESUAIAN
Kalau untuk warga Lembah Klang, harga wad RM250 masih dikira ok. Kalau ambil harga wad cuma RM150, sedangkan harga wad sebenar RM250, maka kita kena bayar sendiri extra RM100 sehari. Kalau masuk wad 10 hari, maka kita kena keluarkan duit sendiri RM1,000!
Harga wad yang kita pilih, mesti ‘match’ dengan kadar harga wad hospital area kita tinggal. Kalau ambil harga wad murah, kita cuma boleh masuk hospital-hospital yang lebih murah dan kualiti perubatan juga lebih rendah.
5) HARGA CARUMAN PALING SESUAI
Kesilapan TERBESAR orang ramai yang ambil takaful ialah berkira-kira berapa caruman yang dia mampu bayar. Samada polisi yang dia ambil tu cukup cover atau tak, dia tak pernah ambil tahu. Yang dia tahu, dia dah cover RM500,000! Apa yang ada dalam RM500,000? Cover kemalangan diri? Cover sakit kritikal? Cover masuk wad hospital? Ataupun cover kematian dan kecacatan kekal? Itu semua jenis cover berlainan, dan harganya juga berlainan.
Jadi kalau sahabat ada polisi takaful, buka balik polisi dan review semula bersama perunding takaful anda. Lepas tu nilai balik, kalau berlaku musibah, adakah polisi tu menyesaikan masalah sebenar atau pun tidak. Lepas tu baru panggil ejen takaful untuk bagi quotation. Bukan sebaliknya.
Di ETIQA Takaful, kita boleh buat pilihan untuk ambil pelan medical kad sebagai INCOME REPLACMENT PLAN. Maksudnya, coverage yang bermula RM500,000 jika berlaku KEMATIAN atau KEHILANGAN UPAYA KEKAL kepada peserta. InsyaAllah cukup untuk perlindungan isteri dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, insyaAllah.
6) PELABURAN ATAU STAND ALONE
Perlu difahami, pelaburan ini adalah berjenis jangka panjang sehingga 20 tahun barulah nampak keuntungan.
Jika anda mementingkan keuntungan, sila buang pakej pelaburan supaya bayaran bulanan lebih rendah dan anda boleh peruntukkan sedikit bajet tadi ke arah pelaburan lain yang pasti lebih nyata dan jelas tahap keuntungannya.
Jika anda mementingkan keuntungan, sila buang pakej pelaburan supaya bayaran bulanan lebih rendah dan anda boleh peruntukkan sedikit bajet tadi ke arah pelaburan lain yang pasti lebih nyata dan jelas tahap keuntungannya.
Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan sila
Call/SMS/Whatsapp
013 3919831 - Asyraf
Agensi An Najah
Etiqa Takaful Berhad
No comments: