Pelan Perlindungan Pendapatan
Apakah
Income Protection Plan / Plan Penggantian Pendapatan?
Memahami INCOME PROTECTION PLAN /
PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN
|
Apabila melanggan produk takaful,
perlu fokus kepada fungsi utama takaful sebagai perlindungan kewangan sekiranya
berlaku malapetaka kewangan, yakni;
1. Kematian
2. Lumpuh
3. Sakit Kritikal
3 perkara di atas, sekiranya berlaku
dalam kehidupan seseorang boleh menyebabkan malapetaka kewangan atau financial
disaster.
Kenapa saya katakan sedemikian rupa?
Kerana, jika berlaku salah satu
daripada musibah di atas, seseorang akan
1. Tidak dapat lagi meneruskan
pekerjaan,
2. Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
3. Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.
Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.
Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan financial disaster atau malapetaka kemalangan.
2. Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
3. Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.
Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.
Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan financial disaster atau malapetaka kemalangan.
Jadi, apakah solusinya?
Solusinya ialah menggunakan plan
takaful yang menyediakan jumlah coverage yang menyediakan pampasan yang boleh
menggantikan pendapatan pemiliknya sekiranya berlaku salah satu daripada 3
perkara di atas.
|
Bagaimana utk mengekalkan pendapatan
RM5,000 sebulan / RM60,000 setahun jika berlaku MALAPETAKA KEWANGAN tadi?
Contoh kes:
Sebagai contoh, seseorang yang
berusia 30 tahun, dengan pendapatan 5,000 sebulan.
Berikut adalah cara pengiraaan
income protection / penggantian pendapatan;
Gaji tahunan = RM5,000 x 12 bulan =
RM60,000
Ada dua cara untuk mengira jumlah
coverage yang diperlukan;
1) Capital Liquidation Method (Cara Pencairan Modal)
2) Capital Intact Method atau Capital Conservation Method (Cara
Pengekalan Modal)
Kaedah pertama ialah Capital Liquidation Method (Cara Pencairan Modal), dengan cara berikut:
Dengan kaedah ini, jumlah coverage
yang diperlukan adalah bersamaan dengan 10 tahun pendapatan seseorang.
Dalam kes di atas, jumlah coverage
minima yang diperlukan ialah RM600,000 atau bersamaan dengan 10 tahun gaji.
Kenapa 10 tahun gaji? Sebabnya,
supaya coverage tersebut dapat menggantikan pendapatan pemegang polisi selama
10 tahun. Jadi ada masa 10 tahun sekiranya berlaku musibah kematian atau lumpuh
kepada pemegang polisi, untuk dia atau / dan keluarganya menerima pendapatan yang
hilang akibat kematian atau lumpuh.
Kaedah ini juga diguna utk kes-kes
sakit kritikal, dengan jumlah perlindungan bagi penyakit kritikal bersamaan 3
hingga 5 tahun pendapatan seseorang.
Kaedah kedua pula dipanggil Capital Intact Method atau Capital Conservation Method (Cara
Pengekalan Modal).
Kaedah ini, memerlukan pengiraan
berdasarkan “passive income” atau pendapatan pasif yang perlu dihasilkan
sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.
Pasif income yang diperolehi adalah
berdasarkan ROI yang paling mudah diperolehi, jika dalam konteks Malaysia
adalah ASB atau Tabung Haji yang boleh memberi pulangan sebanyak 6% hingga 8%.
Berdasarkan sampel kes di atas,
untuk mendapatkan pulangan dengan ROI 6% yang menyamai RM60,000 setahun adalah
RM1,000,000. Ini bermakna, wang sebanyak RM1 juta diperlukan untuk diletakkan
dalam Tabung Haji atau ASB untuk menjana pendapatan pasif / passive income
sebanyak RM60,000 setiap tahun.
Jadi, melalui kaedah ini, seseorang
yang berpendapatan RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun memerlukan
perlindungan pendapatan sebanyak RM1 juta supaya sekiranya beraku kematian atau
lumpuh, wang pampasan Rm1 juta tadi dapat digunakan untuk menghasilkan
pendapatan pasif yang bersamaan pendapatan bulanannya yang hilang akibat
kematian atau lumpuh.
Kelebihan kaedah kaedah yang kedua
ialah; wang pampasan tidak akan menyusut kerana wang yang diambil hanyalah wang
keuntungan sahaja.
|
APAKAH SOLUSINYA?
Untuk menyediakan dana kecemasan
sebagai INCOME PROTECTION PLAN atau PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN INI, hanya
perlu memperuntukkan 10% sahaja daripada jumlah pendapatan utk plan ini.
Dalam contoh kes di atas, beliau
hanya perlu peruntukkan RM500 maksima setiap bulan utk melanggan takaful bagi
tujuan ini.
Sebagai contoh, ini contoh
illustrasi dengan hanya RM300 sebulan yakni kurang 10% daripada jumlah tadi utk
perlindungan;
1. Kematian RM1,000,000
2. Lumpuh RM1,000,000
3. Sakit Kritikal RM300,000
4. Waiver – sumbangan percuma apabila
disahkan penyakit kritikal
Call/SMS/Whatsapp
013 3919831 - Asyraf
Agensi An Najah
Etiqa Takaful Berhad
No comments: